Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Ingin membeli hartanah untuk tujuan pelaburan? Impian ini memang sinonim di kalangan rakyat Malaysia, lagi-lagi dengan kewujudan pelbagai portal hartanah online untuk kita survey harga beli, kadar sewa, dan lain-lain.

 

Tapi pelaburan hartanah ini boleh menjadi rumit jika anda kurang pasti tentang prosesnya. Jadi, kami di sini ingin kongsikan beberapa kesilapan utama dalam pelaburan hartanah sebagai langkah berjaga-jaga sebelum anda membuat keputusan muktamad.

 

Tanpa berlengah lagi, di bawah ini adalah 5 kesilapan utama yang anda perlu elak apabila membeli hartanah untuk pelaburan: 

Tiada Perancangan Jangka Panjang

Beli kondominium atau rumah, sewakannya dan kemudian jual selepas beberapa tahun – kelihatan senang kan? Tapi pelaburan hartanah bukan perkara mudah, walaupun jika anda ada modal. Ini kerana aktiviti menjual beli hartanah melibatkan beberapa proses yang boleh bertukar rumit sekiranya anda tidak teliti.

 

Jangan lupa juga kewangan yang diperlukan untuk membeli dan membaiki hartanah, serta upah peguam/ejen. Jadi, anda perlukan perancangan rapi dan perlu kaji selidik pelbagai caj, cukai, dan potensi keuntungan hartanah pilihan anda.

 

Antara perkara yang anda perlu tahu dan rancang adalah:

 

  1. Kos-kos yang perlu dikeluarkan untuk pembelian, seperti deposit rumah atau booking fee, duti setem dan lain-lain.
  2. Kos-kos penyelenggaraan hartanah (cukai pintu, cukai tanah, fi pengurusan bulanan).
  3. Kelayakan pembiayaan rumah
  4. Mengambil kira kesesuaian hartanah itu dengan keadaan kewangan anda
  5. Kesesuaian lokasi dengan matlamat pelaburan anda

 

Tidak lupa juga untuk mengutamakan perasaan anda sendiri ketika membuat keputusan untuk melabur. Setelah anda mengambil kira semua perkara di atas, kami pasti anda akan nampak lebih jelas jika pelaburan adalah pilihan untuk anda atau tidak. 

Tidak Menyelidik Prestasi Pemaju Hartanah

Sebelum anda membuat keputusan untuk meneruskan pembelian hartanah, ambil satu langkah kebelakang dan kaji selidik latar belakang pemaju hartanah tersebut. Ini kerana sesetengah pemaju hartanah mungkin telah disenarai hitam oleh pihak kerajaan.

 

Pelaburan hartanah merupakan pelaburan terbesar hidup kita, jadi jangan terus terpengaruh dengan atau rupa hartanah sahaja.

 

Untuk semak senarai pemaju hartanah, semak di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara.  

Tidak Memahami Pelaburan Secara Teliti

Benar, kebanyakan kita lebih selesa merancang pelaburan sendiri. Namun anda harus ketahui bahawa terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum anda menceburi pelaburan hartanah ini.  

 

Tiada pelaburan yang tanpa risiko, tapi risiko terbesar adalah apabila anda gagal membuat sebarang kajian dan strategi untuk pelaburan hartanah.

 

Oleh itu, rajinkan bertanya kepada ejen hartanah, peguam hartanah, ejen insuran, dan pakar-pakar kewangan jika anda mempunyai sebarang keraguan.  Rajinkan juga menimba ilmu dan cari maklumat sebelum melakukan pelaburan. 

Membeli Hartanah Melebihi Kemampuan

 

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kegagalan dalam pembayaran hartanah merupakan salah satu sebab utama golongan muda berstatus muflis. Untuk memastikan kewangan anda kekal stabil, boleh juga lakukan di bawah:

 

  1. Pastikan ada simpanan kecemasan yang mampu membayar tanggungan selama 6 hingga 12 bulan.
  2. Pastikan pembiayaan rumah tidak melebihi kemampuan bulanan anda.
  3. Mulakan simpanan untuk kos baik pulih hartanah.

 

Pelaburan hartanah ini juga seperti sebuah perniagaan, terdapat banyak modal yang perlu di ambil kira untuk menjayakan ia. Jadi, jangan lupa untuk membuat perancangan jangka panjang.

Gagal Mengambil Kira Pasaran Hartanah

 

Kalau anda sudah berminat dengan suatu hartanah itu, anda masih perlu mengambil kira keadaan sekeliling. Ini termasuk faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai semasa atau masa hadapan hartanah tersebut.

 

Oleh itu, pastikan anda semak faktor-faktor yang mempengaruhi nilai pelaburan anda. Antaranya adalah:

 

  1. Keadaan pasaran hartanah semasa
  2. Undang-undang berkaitan hartanah
  3. Kawasan dan lokai hartanah
  4. Sistem percukaian yang diguna, dan semestinya;
  5. Cukai Keuntungan Harta Tanah

 

Benar, pelaburan hartanah boleh menjanjikan keuntungan tapi sentiasa selidik dan rancang sebelum membuat keputusan anda – lagi-lagi jika ianya melibatkan modal dan wang yang banyak. Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat menolong anda di dalam perancangan pelaburan dan kewangan anda. Selamat maju jaya!

 

Jika anda mahukan lebih artikel seperti ini, kunjungi portal literasi kewangan kami dan dapatkan pelbagai tips pengurusan kewangan yang efektif.

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.