Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Pembelian rumah pertama datang dengan pelbagai faedah, seperti pengecualian duti setem dan pelbagai pillihan baru di pasaran.

 

Tapi, memilih hartanah pertama anda bukan satu keputusan yang senang. Terutamanya jenis kediaman anda – ingin beli rumah kondominium atau rumah teres?

 

Dengan kondominium, anda dapat kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan sistem keselamatan. Rumah teres pula datang dengan tanah yang lebih lapang dan kebebasan untuk anda ubah suai mengikut kesukaan hati. 

 

Senaraikan Keperluan & Kehendak Anda

 

Andaikan membeli rumah ini sama seperti membeli barangan dapur di pasaraya. Sebelum mula pembelian, buat senarai keperluan dan kehendak anda.

 

Ini termasuk bajet pembelian dan kos pembiayaan maksimum, jumlah bilik tidur dan bilik mandi yang anda perlukan, ahli kediaman sekarang dan masa depan, lokasi dan lain-lain.

 

Ini boleh menolong anda untuk lebih fokus dalam membuat pilihan dan meningkatkan kepuasan pembelian rumah pertama anda.

 

Jadi, rumah kondominium atau teres? Selain keutamaan, terdapat juga kebaikan dan keburukan lain yang perlu ditimbang semasa membeli rumah, seperti:

Kondominium

Selain daripada altitud rumah setinggi burung, ada pelbagai lagi sebab bagus untuk membeli unit kondominium.

Kelebihan Memilih Kondominium

1. Harga

 

Harga rumah teres yang berpatutan boleh dicari, tapi kemungkinan lokasinya terletak agak jauh dari bandar. Sebaliknya, pembangunan kondominium yang mesra harga boleh didapati di kedua-dua kawasan bandar dan pinggir bandar.

 

Pembinaan kondominium baru juga selalunya datang dengan pelbagai tawaran seperti kos pendahuluan rendah, diskaun/rebat, peralatan rumah percuma dan lain-lain. Ini menjadikan kondo pilihan sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan profesional muda.

 

2. Kemudahan

 

Kondominium dilengkapi dengan kemudahan seperti gimnasium, pusat rekreasi, kolam renang dan kemudahan lain.

 

Kebanyakan kondominium juga dilengkapi dengan kedai runcit mereka sendiri yang memberi anda keselesaan untuk membeli keperluan asas anda tanpa perlu keluar dari kawasan rumah.

 

3. Keselamatan

 

Kondominium mempunyai lapisan keselamatan tambahan melalui kehadiran pengawal, pintu masuk terhad dan kamera.

 

Ketiadaan tingkat bawah untuk pecah masuk juga memainkan peranan dalam mengurangkan kecurian, satu kelebihan yang tidak dikongsi rumah teres.

 

 

Kekurangan Membeli Kondominium

1.  Sinking fund dan fi penyelenggaraan

 

Fasiliti yang ditawarkan bangunan tinggi (high-rise) datang dengan fi penyelenggaraan yang perlu diberikan setiap bulan.

 

Setiap unit kondo juga perlu menyalurkan wang kepada sinking fund setiap bulan – di mana duit yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk pembaikan kemudahan fasiliti-fasiliti kondo.

 

Ini bermakna anda perlukan bajet lebih setiap bulan, kerana anda perlu membuat pembayaran pembiayaan rumah campur kos penyelenggeraan.  

 

2.  Saiz rumah

 

Unit kondominium biasanya lebih kecil dengan saiz purata sek itar 800 kaki persegi berbanding dengan rumah teres yang keluasan purata 1,200 kaki persegi.

 

Sekiranya anda sudah biasa memiliki ruangan yang besar, faktor saiz kondo boleh menjadi deal breaker apabila mempertimbangkan pilihan rumah pertama anda.

 

3.  Banyak peraturan!

 

Kebanyakan kondominium, kerana ini sejenis perumahan perkongsian yang berbilang tingkat, dilengkapi dengan pelbagai peraturan.

 

Sekatan ke atas haiwan peliharaan, aduan bunyi, dan tempat letak kereta yang terhad adalah perkara biasa - ada juga kondo yang melarang sidai pakaian di balkoni!

Rumah Teres

Mungkin anda tidak gemar menaiki lif atau duduk di bangunan tinggi – jadi rumah teres boleh menjadi pilihan utama anda. Ini tiga lagi kelebihan memiliki rumah kediaman teres:

 

 

Kelebihan Memilih Rumah Teres

1.  Nilai Pelaburan

 

Perumahan teres di kawasan yang pesat membangun mempunyai potensi besar untuk menawarkan pulangan pelaburan yang besar.

 

2.  Kebebasan Mereka Bentuk

 

Rumah anda adalah kanvas dan anda mempunyai kebebasan untuk mereka bentuk dan ubah suai mengikut citarasa anda. Rumah teres juga selalunya ada halaman depan yang boleh anda hias atau lakukan aktivi beriadah bersama keluarga.

 

3.  Privasi

 

Jenis hartanah bukan strata, seperti teres, banglo dan lain-lain merupakan tanah persendirian dan memberikan anda lebih privasi. Ruang yang lebih besar yang juga berasingan daripada jiran anda adalah kelebihan yang tidak dikongsi oleh penghuni kondo.

 

Kekurangan Membeli Rumah Teres

 

1. Harga Tinggi

 

Memiliki rumah bertanah biasanya lebih mahal daripada memiliki kondominium melainkan anda sanggup tinggal lebih jauh dari bandar, yang seterusnya akan menambah kos perjalanan harian anda.

 

Di samping itu, pemeliharaan rumah bertanah dan penambahbaikan kompaun dan tapak sekitarnya akan menanggung kos yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak pelaburan masa.

 

2. Penyelenggaraan

 

Mempunyai ruang luaran anda sendiri juga ada kelemahannya. Rumah yang terdedah kepada alam semula jadi akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi dari segi kewangan dan permintaan pada masa anda. 

 

Dapatkan Pembiayaan yang Tepat untuk Rumah Pertama Anda! 

 

Mana-mana pun pilihan anda, adalah penting untuk anda mempunyai pakej pembiayaan yang tepat untuk pembelian rumah pertama anda.

 

Lihat dan ketahui lebih lanjut mengenai pakej pembiayaan yang kami tawarkan di CIMB hari ini!

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.