{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Melaburkan Wang Saya
CIMB ❘ 18 Nov 2019
3 min(s) read
Pernah terfikir mahu bersara awal? Ingin capai kebebasan kewangan dan sara gaya hidup anda tanpa perlu bekerja? Tidak mustahil, tapi ada caranya. Anda hanya perlukan perancangan, pemikiran yang maju ke hadapan, dan disiplin.
Fikirkan tentang simpanan persaraan anda yang ideal, kerana ini boleh memberikan anda idea untuk menentukan pelan pelaburan yang betul. Ingat, merancang persaraan pada umur 40 tahun bermakna anda mempunyai masa yang lebih suntuk untuk menyimpan berbanding bersara pada umur 65 tahun.
Setelah selesai membuat pengiraan, anda mungkin akan sedar bahawa simpanan KWSP tidak cukup untuk memastikan kebebasan kewangan selepas bersara. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup semakin meningkat, inflasi ekonomi dan perbelanjaan tak dijangka, pasti simpanan persaraan anda akan terganggu.
Ini bermakna, anda perlu menetapkan matlamat simpanan segera - lebih awal anda bermula, lebih banyak simpanan persaraan yang dapat anda kumpul. Walaupun dengan pelan yang anda, pastikan anda meletakkan sasaran yang lebih tinggi. Lagipun, anda tentu mahu mencuba pelbagai aktiviti baru selepas bersara pada umur 40 tahun, bukan?
Asingkan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan untuk simpanan dan elakkan daripada berbelanja yang tidak perlu. Simpan di dalam akaun simpanan pulangan tinggi atau dalam dana harga tetap seperti Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan dividen tahunan konsisten, tiada cukai dan tiada caj jualan.
Ketahui lebih lanjut tentang dana ASNB di sini.
Walaupun anda kini di dalam perjalanan untuk mencapai persaraan bebas kewangan, ada beberapa cara untuk anda terus menambah simpanan persaraan tanpa perlu mengorbankan keperluan dan gaya hidup:
Akhir sekali, terokai peluang yang menghasilkan aliran pendapatan pasif untuk ditambah ke dalam simpanan dan jana pendapatan. Pendapat pasif hanya perlukan usaha dan penyenggaraan minimum, sambil menikmati pulangan berbaloi.
Sila rujuk kepada penasihat kewangan untuk ketahui lebih banyak peluang yang boleh bantu untuk menambah pendapatan anda supaya anda dapat bersara dengan selesa dan tenang.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?