Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Simpanan anda sudah cukup banyak dan selaras dengan pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’. Anda sudah bijak menyimpan, tetapi belum cukup arif tentang cara-cara untuk gandakan lagi simpanan.

 

Menyimpan dan melaburkan duit saling berkait rapat. Seperti menyimpan, pelaburan adalah bagaikan marathon, bukannya larian pecut. Kemahiran melabur mengambil masa yang lama, jadi lebih awal anda mula, lebih bijak anda akan melabur.

 

Sebelum anda mula cari pilihan pelaburan seperti stok atau amanah saham, anda perlu jawab dua soalan penting:

 

Buat pelaburan atau langsaikan hutang?

Ikut naluri hati, pasti mahu langsaikan hutang dahulu. Tetapi ia bergantung pada kadar faedah. Semak kadar faedah pinjaman dan potensi keuntungan yang anda boleh dapat dari pelaburan. Jika kadar faedah lebih tinggi, lebih baik fokus untuk uruskan hutang sekarang. Jika kadar faedah lebih rendah, boleh mula untuk melabur sebelum hutang dilangsaikan kerana pulangan anda adalah lebih tinggi.

Dah ada dana kecemasan?

Anda perlu ada wang simpanan yang boleh tahan untuk sekurang-kurangnya enam atau lapan bulan jika berlaku perkara yang tak dijangka. Pelaburan adalah untuk membina matlamat simpanan jangka masa panjang, jadi seeloknya anda asingkan pelaburan dengan dana kecemasan.

Sekarang anda sudah yakin dengan kewangan yang kukuh, berikut adalah perkara yang perlu diketahui sebelum anda buat pilihan pelaburan.

Ketahui matlamat pelaburan

Dana persaraan? Sambung belajar? Perniagaan baru? Setiap pelaburan ada tempoh berlainan. Penting untuk anda tahu apa sasaran dan matlamat, berapa lama anda sanggup melabur dan berapa banyak anda perlukan.

Ketahui risiko yang diambil

Jangan melabur lebih daripada apa yang anda sanggup korbankan. Pertama sekali, nilaikan toleransi risiko peribadi - atau berapa banyak yang anda sanggup rugi di dalam pelaburan - sebelum anda pilih pelaburan jenis apa yang ingin diteroka.

Asingkan pelaburan

Pelbagaikan pelaburan berbanding meletakkan semua duit dalam satu stok atau akaun yang sama. Jika satu pelaburan kurang menjadi, ada tidak rugi kesemuanya.

Dapatkan nasihat kewangan yang sahih

Terlalu banyak maklumat? Jika tidak boleh buat keputusan, dapatkan nasihat atau pendapat. Sila rujuk penasihat kewangan yang dipercayai - ibu bapa, penjaga atau rakan yang berpengetahuan. Anda juga boleh kunjungi CIMB Bank berdekatan untuk dapatkan nasihat berkenaan pilihan kewangan dan ketahui lebih lanjut tentang cara-cara untuk menambah pendapatan melalui pelaburan.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.