Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Setiap kali bangun pagi, rasa bersemangat untuk mulakan hari anda? Atau anda rasa terbeban? Meskipun anda tidak perlu carpe diem setiap hari, tapi anda sering kekurangan motivasi, depresi, atau letih? Masa untuk fokus kepada kesihatan mental anda jika anda sering mengalami simptom berikut.

 

Tidak mengapa untuk tidak berasa baik setiap hari kerana langit tidak selalunya cerah. Ketahuilah, anda tidak keseorangan! 1 per 3 orang di sekeliling kamu juga mengalami burnout dan gangguan emosi. Tahu tak? Terdapat 53% pemuda yang menderita akibat stress di tempat kerja, dan 4 per 10 berjuang dengan isu kesihatan mental.

 

Menceburi bidang kerja selepas tamat pengajian malah sudah cukup sukar, terumata sekali ketika musim pandemik. Sama seperti anda perlu berjumpa dengan doktor ketika sakit, adalah amat penting untuk anda menjaga kesihatan mental anda jika ianya berada dikadar yang tidak bagus. Jika tidak, ia akan terserlah pada kesihatan fizikal anda.

 

Usah risau! Kami di sini akan kongsi 5 sebab utama punca kesihatan mental dan cara-cara mengatasinya:

Didikan Berorientasikan Hasil

Dibesarkan dalam keluarga yang tegas? Sentiasa didesak atau dihukum untuk cemerlang dalam semua matapelajaran, bahkan muzik dan kokirikulum? Tidak dinafikan, sistem pembelajaran yang berorientasikan keputusan mungkin bagus untuk mendidik kita supaya lebih berdisplin dan rajin, tapi anda akan rasa bahawa anda hanya sebaik gred.

 

Kini anda sudah dewasa dan lebih bijak, anda tahu itu bukan jalan yang susah dan pantas untuk berjaya. Ingat! Kerjayaan bukanlah segala-galanya. Selagi kita mahu bekerja keras dan cuba yang terbaik,tidak apa untuk mengambil masa sebelum kita cuba lagi!

Sumpahan Perbandingan

“Eh, cuba tengok sepupu kamu yang cemerlang semua A untuk SPM, kenapa kamu tidak boleh jadi macam dia?” atau “Cuba tengok anak lelaki Aunty Tan tu, dia akan meneruskan ijazahnya di Harvard. Kenapa kamu tak belajar seperti dia?”….kedengaran familiar bukan? Membesar, kita selalu dibandingkan dengan orang sekeliling. Bahkan, sekarang juga kita membandingkan diri dengan rakan atau kenalan di media sosial. Apabila kita membuat perbandingan dengan sahabat handai seperti membeli rumah pertama di usia 23 tahun atau barangan branded  – anda mungkin rasa seperti tercicir dari aliran kehidupan. Jangan risau, kita semua ada rentak kehidupan masing-masing sama ada lambat atau cepat. Jadi jangan cepat melatah! Sentiasa tenang, rasional dan matang.

Keterlaluan Berfikir

Anda sentiasa risau sama ada anda telah menyampaikan perkara yang betul atau tidak? Anda juga sentiasa tertekan dengan pandangan orang lain terhadap anda? Anda mungkin overthinking. Meskipun menjaga imej adalah penting, ianya tidak perlu melibatkan berfikir secara keterlaluan sehinggakan anda rasa takut untuk suarakan pendapat anda atau menolak tugasan baru meskipun kerja sedia ada sudah menggunung.

 

Jika anda terlalu fikirkan tentang keperluan kewangan anda juga ia boleh memberikan tekanan terutama sekali jika anda masih setahun jagung dalam alam pekerjaan. Walaupun bagus mempunyai pelan kewangan, tapi ketahuilah anda tidak keseorangaan. Kami di CIMB mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai pengurusan kewangan dan akan membimbing anda.

 

Ingat! Apa yang orang lain fikir terhadap diri kita bukanlah di dalam bidang kuasa kita. Jadi, kita hanya perlu fokus untuk jadi yang terbaik terhadap perkara yang kita boleh kawal atau ubah. Sentiasa ingat yang anda boleh buat yang terbaik lain hari.

Sindrom Penipu

Anda percaya tidak jika graduan dari Universiti Harvard iaitu Natalie Portman juga kadang-kadang ragu tentang kebolehannya?* Jadi, usah risau jika anda rasa tidak cukup bagus atau tidak layak kerana ini hanyalah punca daripada Sindrom Penipu.

 

Sentiasa berhati-hati jika anda tetap ragu akan kebolehan anda kerana anda akan terlepas banyak peluang keemasan. Setiap kali anda keraguan, ingat: anda telah berjaya sejauh ini! Bagilah anda sedikit kredit dan tepuk belakang anda untuk kejayaan yang anda telah capai. Tidak mengapa jika anda tidak tahu jawapan untuk segala masalah kerana pembelajaran adalah perjalanan sepanjangan hayat, jadi ikuti perjalanan itu dan terus perbaiki diri setiap hari.

Burnout

Jika anda mempunyai kereta dan tidak membawa ia servis berbulan-bulan, tentu sekali enjin kereta anda akan mula meragam bukan? Samalah seperti kesihatan badan kita. Jika anda sentiasa bekerja dalam keadaan yang tertekan, anda juga akan burnout.

 

Mungkin percutian boleh hiburkan hati anda tetapi ianya bukanlah solusi jangka masa panjang. Jadi untuk mengatasi burnout, anda perlu pentingkan diri sendiri dan kesihatan anda daripada kerja. Meskipun kerja anda penting, sangat tidak berbaloi jika ianya penyumbang utama pada kesihatan anda dan kehidupan yang tidak terurus. Berbincang dan bertukar pendapat dengan pengurus anda untuk mencapai kehidupan pekerjaan yang terurus, atau pilih pekerjaan yang menawarkan jaminan kehidupan kerja yang seimbang dan sihat!

 

Di kemudian hari, anda adalah orang paling penting yang perlu di jaga. Sayangilah diri anda kerana anda juga layak untuk bahagia dan sihat seperti orang lain. Jika anda tidak sihat dan tidak gembira, anda tidak mampu menjaga orang yang tersayang.

 

Jadi, ayuh utamakan kesihatan diri anda, emosi dan fizikal harini! Jika anda perlukan sebarang nasihat, anda boleh hubungi mana-mana organisasi kesihatan mental atau talian khidmat pelanggan, seperti The Malaysia Mental Health Association & Befrienders. Ingatlah, kehidupan bukanlah satu perlumbaan, ianya jalan cerita anda. 

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

Sumber:

 *https://www.forbes.com/sites/margiewarrell/2015/05/29/natalie-portman-felt-like-a-fraud-at-harvard-why-do-women-struggle-more-with-impostor-syndrome/?sh=14b652092aa4