Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

“Masih terngiang-ngiang lagi nasihat daripada ibu bapa saya ketika saya masih setahun jagung untuk memperoleh RM10K setiap bulan apabila mencecah umur 30an. Beberapa tahun kemudian, hanya stress sahaja yang makin meningkat  – bahkan memperoleh gaji lima angka juga mungkin tiada di dalam kamus kehidupan saya! Kini, semakin saya dewasa, saya sedar bahawa itu bukanlah matlamat akhir saya, hanya harapan dan cita-cita orang lain.”

 

Tidak dinafikan setiap insan mempunyai harapan, cita-cita dan matlamat untuk masa depan. Semakin meningkat usia, semakin kita merasa tertekan untuk merealisasikannya.

 

Usah rasa tertekan jika anda juga berada di dalam situasi seperti di atas. Sebaliknya, anda boleh soalkan dua pertanyaan ini pada diri anda:

 

Apakah yang ingin anda capai?

 

Ibu bapa, sahabat handai dan media sosial sering kali mempengaruhi kita untuk percaya bahawa “definisi kejayaan” bermaksud memperoleh gaji lima angka, barangan mewah atau kereta import, berkahwin dan mempunyai anak ketika hanya berumur 26 tahun dan mempunyai hartanah dan rumah pada umur 30an – tetapi adakah ini yang anda inginkan? 

 

Jika anda baru sahaja melangkah masuk ke alam dewasa, bayangkan apa itu masa hadapan yang penuh bermakna pada anda. Ingat, impian dan cita-cita anda seharusnya bermakna untuk anda sahaja dan bukan untuk pihak lain. Jangan sia-siakan kehidupan anda untuk merealisasikan impian yang tidak selaras dengan prinsip kehidupan anda atau kerana orang lain.  

 

Adakah anda tahu bagaimana untuk mencapainya? 

 

Setelah anda tahu apa yang anda mahukan, fokus pada konsep bagaimana anda boleh merealisasikan ia menjadi kenyataan. Anda boleh membuat pelan 5 tahun, 10 tahun dan lain-lain untuk mengecapi impian ini sedikit demi sedikit. Tapi ingat, hidup ini penuh berliku dan tiada salahnya untuk melaras pelan atau impian anda di kemudian hari. 

 

Jika anda mahu merealisasikan kehidupan yang anda impikan, anda harus fokus untuk membina tapak yang kukuh dan stabil ketika di awal pekerjaan. Sangat penting untuk anda membina pengetahuan, mengasah teknik (tidak semestinya perlu melibatkan kerja) dan meningkatkan kenalan supaya anda dapat mencapai apa yang anda mahu.

 

Anda tidak ingin menjadi jutawan dan tidak mementingkan kemewahan? Bagus untuk anda! Tapi, mempelajari tentang kesihatan kewangan dan menguasai teknik-teknik pengurusan kewangan anda sangat penting untuk menjamin kestabilan kewangan anda di masa depan. Tanpa masalah kewangan, makin mudah untuk anda mencapai segala cita-cita dan impian anda! Paling penting sekali, ketahuilah bahawa kehidupan yang kelihatan mewah bukanlah ukuran kejayaan seseorang. 

 

Fahami "medan pertempuran" anda

 

Apa jua impian anda dan berapa lama untuk mencapai bergantung kepada medan pertempuran anda. Seperti permainan video games, anda akan mengalahkan musuh dengan lebih cepat dan mudah jika avatar mempunyai kelengkapan ekstra. Perumpaan ini juga boleh digunakan di dalam kehidupan kita. Jika anda mempunyai rumah (sewa atau sendiri) yang selesa dan berdekatan dengan pejabat, tiada masalah kewangan atau pembiayaan dan kehidupan yang selesa, anda akan lebih fokus dalam mencapai impian dan cita-cita anda. 

 

Industri atau bidang kerja juga memainkan peranan jika anda mempunyai sasaran kewangan atau gaji. Contohnya, bidang perundingan atau sektor teknologi boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding sektor-sektor lain. Jika anda memperoleh gaji RM5K pada usia 23 tahun, maka lebih mudah dan cepat untuk anda mencapai sasaran kewangan anda berbanding rakan-rakan lain.  

 

Di kemudian hari, sentiasa ingat dan bersedia untuk fleksibel dan memaafkan diri sendiri semasa anda dalam perjalanan untuk mencapai impian anda. Mempunyai cita-cita seperti mempunyai peta yang membantu anda mengemudi arah kehidupan anda – jadi ayuh membina impian anda (tidak kira bagaimana konvensionalnya ia!) dan mari capai impian anda!

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.


#CIMBUntukEsok