Bila memilih polisi, cari keseimbangan di antara liputan yang anda perlukan dan apa yang anda mampu bayar.
Pastikan rumah dan barang bernilai dilindungi tetapi elakkan membayar untuk perkara yang tidak diperlukan. Contohnya, barang rumah murah atau perabot tidak perlu ada dalam senarai - ini boleh menyebabkan premium tinggi tetapi pembayaran rendah.
Bila anda memilih polisi insuran rumah, anggap ianya seperti insuran kereta: anda perlu memperbaharuinya setiap tahun. Pastikan anda mengemas kini liputan setiap kali anda memperbaharui insuran. Jika anda beli TV baru, pastikan ia dilindungi dalam polisi tahun depan.
Jangan segan silu untuk membuat perbandingan. Buat ulangkaji dan berhubung dengan ejen insuran untuk ketahui polisi apa yang terbaik dan sesuai untuk anda dan rumah anda. Dengan sedikit usaha, anda boleh dapatkan polisi yang akan melindungi rumah anda untuk tempoh yang lama.