Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Menurut Survei Jurang Insuran Hayat 2018, hanya 10% millennial - lahir di antara 1981 dan 1996 - memiliki insuran hayat*. Jika anda tergolong dalam kumpulan 90% yang tiada insuran hayat, bermakna keluarga anda tidak akan dapat bantuan kewangan sekiranya sesuatu berlaku kepada anda.

 

Tanya diri sendiri: Bila anda meninggal dunia, adakah keluarga anda mempunyai bantuan kewangan untuk langsaikan hutang tertunggak? Adakah pasangan anda berkemampuan untuk menyara keluarga tanpa sumbangan pendapatan?

 

Insuran hayat boleh berikan bantuan kewangan untuk ibu bapa, pasangan dan anak-anak bila anda telah meninggal dunia. Jika masih kurang yakin, di sini ada tiga sebab kenapa anda perlu dapatkan insurans hayat secepat mungkin.

 

Lebih murah pada usia muda

Menurut Kajian Insurans Barometer 2018, 44% millennial buat anggaran berlebihan, di mana harga insuran yang mereka jangkakan adalah 5 kali lebih tinggi daripada harga sebenar**. Kos harian untuk polisi insuran hayat yang bagus adalah kurang dari harga satu minuman teh boba! Insuran hayat premium dikira berdasarkan beberapa faktor seperti umur dan keadaan kesihatan. Anda bayar lebih murah bila masih muda dan sihat.

Keselamatan untuk diri di masa depan

Dana kecemasan adalah penting tetapi tidak memberikan jaringan keselamatan yang cukup dan menepati keperluan kewangan di kala kecemasan. Kini insuran hayat menawarkan banyak manfaat tambahan seperti perlindungan kesihatan dan juga penambahan kewangan untuk persaraan.

Perlindungan untuk insan tersayang

Ada polisi yang tawarkan perlindungan daripada penyakit kritikal atau kecacatan kekal, di samping liputan kematian. Polisi ini memberikan perlindungan kewangan untuk anda dan insan tersayang melalui liputan seperti penggantian pendapatan, pembayaran semula pinjaman dan kos sara hidup.

 

Walaupun anda belum ada sandaran kewangan tetapi merancang untuk berkeluarga dalam masa terdekat, dapatkan insuran hayat sekarang demi manfaat kewangan berbaloi untuk jangka masa panjang.

Lebih banyak pelepasan cukai untuk pemegang insuran hayat

Jika anda bayar cukai pendapatan, kami ada berita baik! Pelepasan cukai insuran hayat telah diasingkan daripada pelepasan cukai KWSP - kini anda boleh tuntut pelepasan cukai sehingga RM4,000 untuk sumbangan KWSP dan sehingga RM3,000 untuk insuran hayat. Ternyata sangat berbaloi untuk anda beli insuran hayat sekarang!

 

Tidak semua orang perlukan insuran hayat, tetapi bagi millennial yang berkeluarga atau baru mula berkeluarga, keputusan jangka masa panjang yang berbaloi dibuat adalah membeli insuran hayat. Ketahui jenis liputan yang boleh anda dapat daripada produk insuran hayat kami. Kongsikan juga artikel ini kepada rakan millennial seangkatan yang lain agar mereka juga sedar tentang kepentingan insuran hayat.

Sumber:

*https://www.newyorklife.com/newsroom/2018/life-gap-survey-millenials-at-risk

**https://lifehappens.org/blog/hey-millennials-life-insurance-is-now-80-off/

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.