Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

 

Apabila melakukan pelan kewangan, kebanyakan kita tak mementingkan simpanan persaraan. Ini mungkin kerana anda ingin mengecapi impian jangka pendek yang diidamkan – contohnya, beli rumah, simpan wang sekolah anak dan banyak lagi.

 

Tapi kami di sini ingin menukar persepsi dan pandangan anda tentang kepentingan pelan persaraan, lagi-lagi jika anda masih muda dan bekerja. Ini 5 sebab mengapa anda perlu mula menyimpan untuk zaman persaraan anda.

Bagaimana jika duit pencen habis awal dari jangkaan?

Kekurangan dana persaraan telah menjadi kebimbangan utama bagi golongan pesara di Malaysia. Tambahan pula, kadar inflasi serta kos sara hidup semakin meningkat.

 

Tahukah anda, sekurang-kurangnya RM240,000 diperlukan untuk meneruskan kehidupan asas selepas persaraan?* Hal ini seterusnya menekankan kepentingan simpanan persaraan untuk menangani keperluan masa hadapan anda. Angka ini saranan KWSP sahaja, dan secara amnya kita memerlukan 2/3 daripada pendapatan terakhir anda untuk mengekalkan taraf hidup yang sama**.

 

Oleh itu, anda wajib membuat persediaan simpanan persaraan seawal boleh untuk mendapatkan jaminan kewangan yang kukuh.

Berikut merupakan antara kesilapan yang perlu anda elakkan untuk memastikan simpanan anda bertahan:

Hanya mengharapkan saluran KWSP sahaja

Kenyataannya, mempunyai tabung persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sahaja tidak mencukupi untuk membiaya kehidupan anda selepas persaraan.

 

Malah, menurut KWSP, 54% ahli bumiputera mempunyai kurang daripada RM10,000 di dalam akaun KWSP mereka.*** 

 

Jadi, wajib ada simpanan alternatif dan jangan berharap sepenuhnya dengan KWSP jika anda tidak mahu sengsara di kemudian hari.

 

Di mana boleh anda bermula? Salah satu pilihan merupakan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang merupakan skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang direka bagi membantu anda menyimpan untuk persaraan. Tidak lupa juga, anda boleh mula melaburkan wang anda melalui institusi pengurusan dana pilihan anda. 

Perancangan harta yang tidak mencukupi

Bagi orang Muslim, anda boleh mengaplikasikan sistem wasiat dan hibah untuk memastikan bahawa keluarga dan waris anda terjamin dan selamat.

 

Mungkin anda tertanya apa itu wasiat dan hibah? Wasiat ialah pemberian hak pemilikan harta selepas kematian. Manakala, hibah merupakan mekanisme terbaik pemberian harta semasa hidup.

 

Kita semua tahu, kematian tidak kenal usia dan sukar dijangka sama seperti kesihatan kewangan kita. Jadi, amalan wasiat dan hibah ini adalah penting dalam menjaga harta tinggalan anda dan juga keharmonian keluarga anda.

 

Tidak melengkapkan diri dengan insurans perubatan

Pelan persaraan tidak termasuk duit pencen saja. Oleh sebab faktor usia, Sudah menjadi lumrah bahawa keperluan anda untuk mendapatkan rawatan kesihatan semakin meningkat selepas persaraan.

 

Di samping itu, kos perubatan masa kini amat tinggi dan ia berkemungkinan untuk meningkat selaras dengan peredaran masa.

 

Oleh itu, melaburlah dengan lebih awal dengan mengambil pelan insurans untuk meringankan beban kewangan anda. Dengan adanya insurans, anda dapat melindungi diri dari penyakit kritikal dan menikmati pelbagai manfaat unik yang berguna semasa usia emas anda.

Tidak mengetahui kemampuan dan komitmen selepas bersara

 

Sudahkah anda bersedia untuk hari persaraan dan memastikan kelangsungan hidup tanpa punca rezeki? Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pesara ialah tidak mengetahui komitmen bulanan dan tahunan.

 

Jadi jika anda tidak pernah membuat bajet, mari mulakan tabiat kewangan ini sekarang!

 

Satu lagi kesilapan ialah pesara gagal untuk mengasingkan di antara kos kehendak dan keperluan dari awal – tapi ini boleh dielakkan jika anda bermula dari muda. Apabila dapat gaji, asingkan kehendak dan keperluan agar tiada penyesalan di kemudian hari. Tabiat ini akan berlarutan sehingga ke tua dan kehidupan persaraan anda lebih teratur.

 

Setelah asingkan apa itu keperluan, jangan lupa untuk mengambil kira kos kehendak. Sebagai contoh anda berimpi untuk bercuti di Maldives, ambil kira semua kos perbelanjaan dengan tepat! Kenapa? Sudah tentu untuk menilai kemampuan komitmen anda selepas bersara. Jika ianya tidak cukup, anda boleh membuat persediaan awal agar keperluan dan kehendak anda boleh ditampung.

 

Tidak dinafikan, kehilangan sumber pendapatan bulanan yang stabil adalah sesuatu yang membimbangkan. Demi menjamin kehidupan yang selesa selepas persaraan, kita perlu menyediakan dana persaraan dan maksimumkan simpanan.

 

Jangan risau, anda hanya perlu berdisiplin dalam merancang dan menyimpan. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mulakan perjalanan menabung anda, lihat artikel tabungan jangka panjang kami untuk mengetahui cara menyimpan wang yang berkesan! Anda juga boleh kunjungi artikel-artikel kami yang lain untuk lebih maklumat menarik.

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat,sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.


#Simpanan #Persaraan