Akhir sekali, belajar kemahiran yang anda minat dan lengkapkan diri anda dengan kemahiran tersebut. Anda boleh pilih untuk mantapkan diri dan penuhi kehidupan di usia emas dengan aktiviti bermanfaat seperti menjahit, memasak, berkebun, dan sebagainya.
Selain dari segi kewangan, anda juga perlu rancang apa yang ingin anda lakukan selepas bersara nanti. Barulah tak bosan! Tambahan pula, jika kena caranya, aktiviti-aktiviti tersebut juga mampu membantu menjana pendapatan sampingan.
Misalnya, jika anda minat dan mempunyai bakat dalam memasak, mungkin anda boleh jual masakan anda di kedai atau secara atas talian. Siapa tahu, mungkin anda boleh menjana pendapatan lumayan dengan hanya berbekalkan hobi suka-suka.
Persediaan kewangan sebelum persaraan penting untuk memastikan kualiti kehidupan yang selesa dan lebih memuaskan. Jadi, apa tunggu lagi? Praktikkan tips yang kami kongsikan dalam artikel ini dan mula untuk siapkan pelan persaraan anda sekarang!
Jangan lupa juga untuk lihat artikel 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ada Pelan Persaraan untuk lebih maklumat tentang simpanan persaraan.