Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

 

Kebanyakan kita tahu tentang formula untuk jimatkan wang dan kurangkan perbelanjaan. Jika ditanya, nasihat anda tentunya “berhenti membeli dan simpan saja duit lebih”, bukan? Tapi hakikatnya, lebih mudah untuk bertutur daripada melakukan.

 

Percaya atau tidak, tabiat harian anda sangat mempengaruhi pola perbelanjaan harian anda. Di sini, kami kongsi 4 tabiat berbelanja yang diamalkan jutawan berhemat terkenal. Semoga mereka menjadi inspirasi anda pada hari ini!

Kawal nafsu anda untuk berbelanja lebih

Mungkin ini sukar untuk dipercayai, tetapi tabiat umum jutawan-jutawan dunia ialah mereka tidak membazirkan wang terhadap barangan mewah. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg (bernilai sekitar $54.7 billion) tidak menggunakan kereta mewah. Sebaliknya, Mark dikatakan menggunakan kereta Acura TSX Volkswagen dan Honda Fit yang bernilai kurang daripada $30,000 (~RM122,595).  

Begitu juga dengan orang terkaya di Mexico, Slim Carlos Helu (bernilai sekitar $58.8 billion). Slim Carlos, yang juga merupakan orang terkaya nombor 12 di dunia, dilaporkan tidak memiliki kapar layar sebesar rumah agam atau kapal terbang persendirian. Sebaliknya, dia lebih cenderung di dalam pelaburan dan membeli aset untuk dua hobinya; koleksi lukisan dan cerut Cuban. 

 

Ambil masa untuk mempelajari tentang pelaburan dan pelan simpanan yang terbaik untuk anda

Dunia pelaburan boleh menjadi rumit dan sukar untuk difahami, lebih-lebih lagi jika anda berada di titk permulaan. Amat penting untuk anda mengambil masa untuk selidik, faham dan kenal sesuatu pelaburan sebelum anda membuat keputusan. Menurut jutawan dan pelabur legenda Warren Buffett (bernilai sekitar $73.5 bilion), “Never invest in a business you cannot understand.

 

Sebagai permulaan, anda boleh memupuk tabiat untuk meneroka pelbagai produk dan solusi pelaburan dan simpanan yang ada di Malaysia (dan luar negara!) setiap hari. Anda juga harus memahami pelan pilihan anda secara A – Z sebelum membuat pelaburan komitmen bulanan/tahunan.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan dan simpanan, anda boleh lawati laman web CIMB kami. 

Jauhi lifestyle creep

Lifestyle creep, atau inflasi gaya hidup, berlaku apabila taraf hidup meningkat sujurus pendapatan anda meningkat. Contohnya, membeli kereta baru, menaik taraf telefon pintar kepada modal terbaru, atau berbelanja mewah.

 

Lifestyle creep selalunya tidak berlaku secara mendadak dan sukar untuk dikesan. Tapi, contohi gaya hidup pengasas Ikea, Ingvar Kamprad (bernilai sekitar $58.7 billion). Ingvar mengamalkan gaya hidup sederhana sehinggalah kematiannya pada tahun 2018 pada umur 91 tahun. Walaupun berada di dalam senarai manusia terkaya di dunia, Ingvar menaiki pesawat ekonomi, membawa kereta Volvo yang sama untuk 20 tahun, duduk di hotel murah dan membeli-belah di kedai barangan terpakai.

 

Sebagai manusia, keinginan untuk menaik taraf hidup setanding dengan peningkatan kerjaya dan pendapatan merupakan norma biasa. Namun begitu, mungkin lebih bermanfaat jika kita mengamalkan tabiat untuk meningkatkan simpanan – dan bukan gaya hidup. 

Berbelanja untuk memupuk diri menjadi individu celik kewangan  

Digelar Superman, Li Ka-Shing (bernilai sekitar $35.3 billion) merupakan ahli perniagaan yang dihormati di Asia. Li, yang juga merupakan manusia terkaya nombor 35, memegang prinsip untuk sentiasa bermurah hati dalam perbelanjaan yang melibatkan pembangunan dan peningkatan diri. Dia juga menggalakkan semua untuk membeli buku atau menghadiri kursus latihan setiap bulan.

 

Terdapat pelbagai sumber informasi percuma yang boleh anda dapati di laman web – anda boleh ikuti berita kewangan, blogger kewangan dan platform media sosial relevan untuk tingkatkan skil pengurusan kewangan anda (jangan lupa baca tips-tips kami juga!).

 

Dengan lanskap kewangan yang sentiasa berubah, penting untuk kita mengikuti perkembangan terkini. Anda juga akan mengetahui bagaimana ini akan mempengaruhi perbelanjaan dan strategi penjimatan anda, sama ada untuk perniagaan atau kewangan peribadi anda.

 

 

Anda kini sudah mengetahui 4 tabiat berbelanja yang diamalkan oleh jutawan-jutawan terkenal di dunia. Kini, tiba masanya untuk anda mencuba tips-tips mereka. Semoga anda dan keluarga akan sentiasa memupuk tabiat kewangan yang sihat – selamat mencuba!  

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.