Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Seperti yang kita ketahui, pandemik global telah mengubah wajah perbelanjaan di Malaysia dan mempercepatkan pengadaptasi perkhidmatan e-dagang*. Oleh itu, tidak menghairankan apabila BNPL dan EPP merupakan trend pembayaran yang semakin meningkat penggunaannya.

 

Sama ada anda membeli untuk diri sendiri atau untuk seseorang, pelan pembayaran secara ansuran secara tidak langsung ini boleh memberikan kemudahan dan meringankan beban perbelanjaan kepada pembeli.

 

Lantaran itu, kemudahan pembayaran manakah yang harus anda pilih? Berikutan adalah perkara yang anda perlu tahu tentang tawaran daripada BNPL dan EPP.

Buy Now Pay Later: Pembiayaan segera dan mudah untuk pembelian kecil

Kini semakin banyak kedai online dan peniaga yang menawarkan pilihan perkhidmatan pembayaran Buy Now Pay Later. Jadi, apa itu BNPL? Apa kelebihan atau kekurangan BNPL ini? Mari kita kaji dengan lebih dekat akan kaedah pembayaran yang semakin popular ini.

 

Ayuh kita mulakan dengan pengetahuan asas: Apa itu BNPL? Seperti namanya, Buy Now Pay Later (Beli Sekarang, Bayar Kemudian) membenarkan anda membeli sesuatu barang secara ansuran. Malah, kebanyakan pembekal perkhidmatan BNPL menawarkan beberapa pilihan pembayaran ansuran untuk memudahkan pembelian pelanggan.

 

Bagaimana BNPL berfungsi?: Untuk pembelian online, anda akan melihat senarai pembekal dan pilihan ansuran BNPL yang ditawarkan di halaman pembayaran platform. Anda boleh pilih, daftar (jika ini penggunaan pertama) dan pautkan kad kredit atau debit anda untuk membuat pembayaran.

 

Meskipun setiap skim pembayaran BNPL unik untuk penyedianya, BNPL biasanya menawarkan ansuran tanpa faedah selama 3/6 bulan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak membuat pembayaran tepat pada masanya, anda mungkin dikenakan bayaran dan caj lewat yang besar. Beberapa pembekal BNPL yang popular di Malaysia termasuk Atome, myIOU, hoolah, PayLater (Grab), SPayLater (Shopee) dan Pine Labs. 

Easy Payment Plan: Pilihan ansuran yang tersedia di kebanyakan peniaga

Sama seperti BNPL, Easy Payment Plan (EPP) atau Pelan Pembayaran Flexi, ia merupakan khidmat pembelian fleksibel untuk pengguna. EPP adalah pelan ansuran kad kredit yang ditawarkan untuk mengubah pembelian besar anda kepada pembayaran yang lebih kecil dalam tempoh yang tetap.

 

Dengan EPP, anda boleh menikmati faedah 0% untuk keseluruhan tempoh pembayaran balik apabila anda berbelanja di cawangan peniaga yang menawarkan perkhidmatan pembayaran EPP. Akan tetapi, tempoh ansuran adalah berbeza bergantung kepada pihak bank, iaitu berkisar antara 3 hingga 36 bulan.

 

Contohnya, anda telah membuat pembelian sebanyak RM6,000 menggunakan EPP 0% untuk tempoh 12 bulan. Jadi, pembayaran kad kredit anda kini akan menjadi RM500 untuk 12 bulan (RM6,000 bahagi 12 bulan).

 

EPP membolehkan pengguna untuk membuat pembelian besar, tanpa perlu risau hutang kad kredit yang tinggi. Rata-rata kebanyakan bank di Malaysia menawarkan perkhidmatan ini.

 

Jadi, bagaimana cara untuk mendaftar EPP? Pertama, pastikan peniaga tersebut mempunyai sistem EPP bagi kad kredit anda dan menyokong jumlah pembelian anda.

 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan:

 

  • Kategori item yang boleh anda beli di bawah kemudahan pembayaran balik
  • Amaun kelayakan
  • Tempoh untuk pelan ansuran anda
  • Semak sebarang caj tambahan yang mungkin dikenakan (seperti fi  perkhidmatan)

 

Apabila anda telah jelas dan berpuas hati dengan ciri dan syarat pelan yang ditawarkan, anda boleh menggunakan kad kredit anda untuk membuat pembayaran. Kami sarankan bahawa anda memberitahu juruwang / bank anda bahawa anda akan memilih 0% EPP.  

Perbandingan BNPL dan EPP

Mari meneliti kelebihan dan kekurangan pengunaan BNPL dan EPP dengan lebih terperinci:

 

Jenis Pembayaran Kelebihan Kekurangan
Buy Now Pay Later

- Semakan kredit minimum untuk memohon.

 

- 0% atau kadar faedah yang rendah.

 

- Proses kelulusan yang mudah & cepat bagi pelan pembayaran yang fleksibel.

- Tidak semua bebas faedah.

 

- Tidak tersedia di setiap peniaga.

 

- Bayaran lewat atau tiada bayaran boleh dikenakan fi atau denda yang tinggi.

 

- Boleh menggalakkan pembelian impulsif.

 

- Lebih sukar untuk dijejaki, terutamanya apabila terdapat lebih daripada satu ansuran pembelian.

Easy Payment Plan

- Diterima di kebanyakan kedai.

 

- Pelan pembayaran ansuran mengikut tawaran bank.

 

- Urus aliran tunai dengan lebih baik.

 

- Sesetengah kad menawarkan faedah seperti rebat, pulangan tunai dan insurans.

- Memerlukan semakan kredit untuk memohon.

 

- Biasanya mempunyai perbelanjaan minimum untuk memenuhi syarat.

 

- Caj faedah boleh terkumpul

Mana lebih bagus - BNPL or EPP?

 

Dengan semua faedah yang ditawarkan oleh perkhidmatan BNPL dan EPP – amat mudah untuk mengetahui mengapa kedua-dua perkhidmatan ini menarik minat pengguna. Tapi, sebelum anda memilih mana-mana perkhidmatan ini, anda harus ketahui tabiat kewangan dan keperluan anda seperti berikut: 

 

Kewangan Keseluruhan

 

BNPL dan EPP tentunya dapat membantu anda dalam pengurusan pembayaran, namun adalah amat penting untuk anda merancang kewangan and bajet. Ansuran tidak bermakna percuma, dan cuba untuk beli hanya barangan yang diperlukan sahaja terutamanya jika anda mempunyai komitmen pembiayaan dan keluarga.

 

Pelan dan tempoh pembayaran balik

 

Sebelum anda menggunakan kemudahan BNPL atau EPP, pastikan anda mampu membuat bayaran balik bulanan tepat pada masanya.

Jika anda membuat pembayaran lewat atau terlepas bayaran ansuran, anda mungkin akan dikenakan fi bayaran lewat yang tinggi.

 

Tidak seperti perkhidmatan EPP kad kredit yang membolehkan anda memanjangkan perbelanjaan anda sehingga 36 bulan, BNPL memberikan tempoh pembayaran balik jangka masa pendek. Sebagai contoh, hoolah membolehkan anda membahagikan pembelian anda kepada 3 bulan ansurans bulanan tanpa faedah.

 

Kos

 

Kebanyakan pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan BNPL untuk pembelian yang lebih kecil kerana proses pembayaran yang cepat dan mudah. Selagi anda membuat pembayaran tepat pada masanya, anda tidak akan dicaj fi lewat. Jumlah tepat yang perlu anda biayai setiap bulan adalah berbeza bergantung pada terma dan saiz pembelian.

 

Perkhidmatan EPP pula lebih bertumpu kepada pembelian besar seperti barangan elektronik, perkakas rumah dan barangan perhiasan rumah. Kebanyakan bank mengenakan syarat perbelanjaan minimum untuk kelayakan 0% EPP. Oleh itu, pastikan anda menyemak dengan bank masing-masing sebelum meleret kad anda.

 

Tawaran dan faedah tambahan

 

Beberapa kad kredit menawarkan faedah bonus seperti pulangan tunai, insurans perjalanan dan akses eksklusif ke ruangan rehat lapangan terbang. Sekiranya anda hanya menggunakan perkhidmatan BNPL, anda mungkin terlepas tawaran-tawaran kad kredit.

 

Sebaliknya, platform BNPL adalah kaedah pembayaran yang cepat dan mudah bagi pengguna yang menghadapi masalah untuk memohon kad kredit kerana kekurangan sejarah kredit atau mempunyai skor kredit yang rendah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh mendatangkan akibat yang besar jika anda membahagikan pembayaran tanpa pertimbangan yang teliti.

 

 

 

Tidak dinafikan bahawa kedua-dua pilihan BNPL dan EPP mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka. Lantaran itu, pilihan perkhidmatan adalah bergantung pada keadaan kewangan anda, seberapa baik anda menguruskan pembayaran balik dan tabiat perbelanjaan anda.

 

Adakah anda memerlukan bantuan bagaimana untuk menguruskan kewangan anda? Lihat lebih banyak petua kewangan di sini!

 

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

Sumber:

 

* https://retailasia.net/e-commerce/in-focus/pandemic-drives-e-commerce-boom-in-malaysia