Ramai beranggapan bahawa memiliki lebih daripada satu kad kredit mungkin boleh membantu mengukuhkan skor kredit dan memudahkan untuk memastikan nisbah penggunaan hutang (debt utilisation ratio) kekal rendah.
Tapi, memiliki lebih daripada satu kad kredit boleh merumitkan pengurusan pembayaran, lagi-lagi jika kewangan anda masih belum stabil. Jika tidak berhati-hati, anda akan lebih terdedah kepada hutang yang tinggi dan bahaya tunggakan pembayaran.
Seeloknya komit kepada satu kad sahaja iika anda merasa tidak mampu untuk membayar baki kad kredit sepenuhnya dan tepat pada masanya setiap bulan.
Walaupun terdapat pelbagai manfaat kad kredit, ada juga risikonya. Risiko utama tentunya hutang – jadi sentiasa pastikan bahawa anda membuat pembayaran setiap bulan, atau menetapkan had kredit kepada jumlah yang lebih realistik dan mengikut kemampuan anda.
Apabila digunakan secara strategik, kad kredit boleh membantu anda membina sejarah kredit yang kukuh, mengurus kewangan dengan lebih baik, mendapat ganjaran pada pembelian harian dan memberi faedah pelan pembelian ansuran tanpa caj. Paling penting, gunakan kad kredit untuk ganjaran yang diberikan dan bukan sebagai alat untuk berbelanja di atas kemampuan anda. Dan sentiasa ingat untuk bayar hutang kad dengan penuh dan pada tempoh yang ditetapkan untuk memastikan kadar penggunaan kredit anda sentiasa rendah.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.