Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kad kredit sangat berguna di waktu kecemasan atau apabila perlu bergesa menggantikan barangan rumah yang rosak. Tapi untuk pembelian bukan kecemasan – seperti peranti pintar atau tempahan hotel – patutkan anda kumpul wang dulu sebelum membuat pembelian, atau terus beli menggunakan kad kredit? 

 

Ini yang perlu anda ketahui sebelum merancang untuk membuat pembelian besar menggunakan kad kredit:

Manfaat menggunakan kad kredit untuk pembelian besar

Jika ada promosi atau diskaun terhad untuk item yang anda mahu, salah satu manfaat kad kredit ialah anda boleh membuat pembelian dengan segera untuk menikmati penjimatan wang yang diberikan. 

 

Kad-kad kredit yang ada di pasaran juga selalunya datang dengan ciri-ciri seperti mata bonus, pulangan tunai dan tawaran-tawaran eksklusif yang boleh menolong anda menjimatkan lebih wang untuk apa-apa pembelian besar. Lagi besar pembelian, lagi banyak mata bonus yang boleh dikumpul. Mata bonus ini juga boleh ditukar menjadi air miles, baucar membeli-belah atau baucar hadiah di masa depan. 

 

Manfaat lain juga termasuk pembelian secara EPP (Easy Payment Plan) yang boleh meringankan beban pembelian. Contohnya: Anda perlu bayar bil RM1,200 di klinik doktor gigi. Kalau guna kad kredit, anda boleh tukar bil ini kepada bayaran ansuran 0% yang lebih berpatutan selama 12-bulan. 

Patutkah anda menggunakan kad kredit untuk semua pembelian besar? 

Walaupun kad kredit datang dengan pelbagai manfaat, jangan terus "swipe" kad anda untuk semua pembelian besar tanpa berfikir panjang. Jadi, bila patut anda gunakan kad kredit? Ini bergantung kepada habit pembelian dan pembayaran anda, dan ciri-ciri kad anda. 

 

Sebagai contoh: Jika kad anda memberikan pulangan tunai menarik untuk pembelian online, lebih bermanfaat jika anda guna kad kredit untuk dapatkan pulangan tunai. Tapi jangan pula lupa untuk membuat bayaran bil kad kredit dengan segera. 

 

Faktor paling penting yang perlu anda tentukan sebelum membeli ialah tahap kemampuan anda serta pengurusan hutang kad kredit. Cuba untuk elakkan hutang berpanjangan, bayar bil mengikut masa, dan pastikan anda tahu dan selesa dengan kadar faedah yang dikenakan jika anda membawa baki kad ke bulan seterusnya. 

Tips untuk tidak belanja berlebihan

Memang senang untuk membuat impulse purchase apabila ada kad kredit. Untuk mengawal nafsu berbelanja, anda boleh membuat senarai item yang ingin anda beli, objektif pembelian serta harganya. Ini boleh termasuk pakej seperti insurans, pakej pelancongan dan barangan persendirian/rumah. Jika anda ternampak sesuatu yang menarik di kedai atau online tapi tiada di dalam senarai, cuba elakkan daripada membeli.   

 

Apabila anda menggunakan kredit untuk pembelian, anda sebenarnya menggunakan simpanan di masa hadapan. Jadi penting untuk memastikan bahawa anda mampu untuk membeli item tersebut secara realistik jika anda menyimpan wang untuk beberapa bulan. Ini kerana jika anda tidak mampu untuk menguruskan bil kad kredit, anda kemungkinan akan membayar lebih daripada harga pembelian item disebabkan kadar faedah yang dikenakan.  
 

Jika anda menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian, berhati-hati supaya pembelian besar tidak melebihi had limit yang diberikan. Ini akan menyukarkan anda untuk membayar perbelanjaan kecil yang diperlukan, lagi-lagi jika ada pengebilan auto.  

 

 

Dengan langkah berjaga-jaga yang betul, kad kredit boleh menjadi cara yang mudah untuk membuat pembelian besar. Mencari kad kredit yang akan memaksimumkan manfaat anda? Lihat pilihan Kad Kredit CIMB yang menawarkan pulangan tunai, mata bonus, CIMB 0% Easy Pay dan banyak lagi.

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.