Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

 

Menguruskan cukai pendapatan anda boleh menimbulkan rasa gusar lagi-lagi jika ini merupakan pengalaman pertama anda. Usah risau! Kami berkongsi langkah-langkah untuk membuat pendaftaran dengan e-Daftar bagi pembayar cukai kali pertama.
 

Mari kita ketahui lebih lanjut jika anda perlu memfailkan cukai pendapatan.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mana-mana individu yang berpendapatan minimum RM34,000 bagi tahun kewangan selepas potongan KWSP perlu mendaftar fail cukai.

 

Dengan kata lain, anda perlu membayar cukai pendapatan jika anda memperoleh gaji bersih minimum RM3,000 sebulan atau RM2,833 sebulan selepas potongan KWSP, sepanjang tahun.

 

Sekiranya anda memenuhi syarat di atas, anda perlu melakukan dua perkara: pertama, daftar sebagai pembayar cukai dan kedua, daftar untuk e-Filing, platform pemfailan cukai dalam talian LHDN. Berikut adalah gambaran ringkas mengenai keseluruhan proses memfailkan cukai pendapatan anda di Malaysia buat kali pertama.

 

Bagaimana untuk mendaftar sebagai pembayar cukai kali pertama?

Mulakan pendaftaran anda sebagai pembayar cukai kali pertama dengan mengunjungi cawangan LHDN terdekat atau laman web e-Daftar.
 

Jika anda daftar melalui laman web, pilih "individu" di bawah "jenis pembayar cukai".

 

Sekiranya anda perlu membuat susulan permohonan anda, anda boleh menyemak melalui e-Daftar, hubungi LHDN di 03-8911 1000 atau pergi ke cawangan terdekat mereka.

Bagaimana untuk mendapatkan nombor PIN untuk pendaftaran

e-Filing?

 

Sekiranya anda telah mendaftar sebagai pembayar cukai, anda perlu mendaftar untuk e-Filing di platform ezHASiL.
 

Bagi pendaftar baru e-Filing, anda memerlukan PIN 16-digit log masuk yang disediakan oleh LHDN. Anda boleh mendapatkannya dari pejabat cawangan LHDN terdekat.

Bagaimana untuk log masuk ke e-Filing bagi pengguna baru?

 

Sebaik sahaja anda mempunyai nombor PIN anda, anda boleh pergi ke laman web ezHASiL atau portal perkhidmatan baharu LHDN, MyTax.

 

  • Pertama, anda perlu klik 'Log Masuk Kali Pertama'. Kemudian, masukkan nombor PIN dan nombor pengenalan dan klik 'Serah'. Setelah anda log masuk, isi maklumat anda seperti yang tertera.

  • Anda akan dikehendaki membuat kata laluan baharu untuk log masuk seterusnya. Pastikan anda membuat kata laluan yang mudah diingati atau simpan informasi ini di tempat yang selamat.

  • Jangan lupa ciri penting ini — frasa keselamatan anda. Frasa ini berfungsi sebagai lapisan keselamatan kedua, menghalang akses tanpa kebenaran kepada akaun anda. Sama seperti perkhidmatan perbankan online, frasa keselamatan anda akan muncul apabila anda log masuk ke e-Filing seterusnya.

  • Setelah itu, klik 'Setuju'. Kemudian, sahkan maklumat anda pada halaman seterusnya dan klik 'Serah'. Voilà, mesej berikut akan muncul: "Your Digital Certificate has been successfully registered. Please click here to log in".

 

Tahniah! Anda telah bersedia untuk langkah seterusnya!
 

Kini, anda telah berjaya mendaftar sebagai pembayar cukai, memperoleh nombor PIN dan membuka akaun e-Filing anda.  Demikian anda hanya perlu memfailkan pemfailan cukai pendapatan anda dengan mengikuti panduan mudah di sini!

 

Dengan kemudahan lama web e-Filing, pemfailan cukai pendapatan kini lebih mudah untuk pengguna. Kami berharap panduan ringkas ini dapat membantu anda memahami proses pendaftaran untuk memfailkan cukai dengan lebih baik!

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat sebarang representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan kesaksamaan sebarang maklumat yang terkandung dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau profesional pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab untuk sebarang akibat yang timbul daripada pergantungan anda pada maklumat yang dibentangkan di sini.