Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

 

Sama ada di-reject oleh aplikasi temu janji ataupun di atas kertas sudah cukup memeritkan buat kita. Terumata sekali apabila urusan orang lain – rakan sebaya, adik-beradik kelihatan lebih mudah berbanding diri anda.

 

Penolakan yang jarang dibincang oleh orang ramai ialah penolakan pemohonan kad kredit. Kita semua tahu menggunakan kad kredit untuk pembelian jauh lebih mudah kerana tiada lagi dompet tebal dan tak perlu ke atm untuk mengeluarkan wang (terutama pada musim pandemik!). Anda berimpi untuk memanfaatkan segala faedah yang ada dengan kad kredit, tapi segalanya punah apabila anda menerima SMS daripada pihak bank yang memaklumkan permohonan anda tidak berjaya? Aduh, amat perit sekali!

 

Mungkin ada tertanya mengapa permohonan anda tidak berjaya “Adakah puncanya saya? Adakah saya tidak cukup baik?” Agak mudah untuk menerima penolakan permohonan kad kredit secara peribadi kerana kebanyakan bank tidak memberitahu mengapa permohonan anda tidak berjaya. Tapi usah risau! Kami disini akan memberitahu segala rahsia supaya anda tidak lagi gagal dalam permohonan kad kredit di masa akan datang. 

 

Tidak memenuhi syarat

 

Sama seperti semasa memohon pekerjaan, pinjaman kereta atau pembiayaan rumah, anda perlu memenuhi syarat keperluan yang dinyatakan sebelum permohonan anda diterima. Sama juga seperti prosedur di bank. Setiap bank mempunyai senarai "kotak tanda" yang anda perlu semak sebelum pegawai bank meluluskan permohonan kad kredit anda.  Sebagai contoh ialah status pekerjaan semasa, umur dan faktor lain.

 

Penting! Sentiasa pastikan anda membaca dengan teliti dan menyemak keperluan bank apabila memohon kad kredit anda yang baru!

Memohon kad yang tidak sepadan dengan pendapatan anda

Kebanyakan bank akan memerlukan pemegang kad mereka untuk mempunyai pendapatan tahunan minimum RM24k untuk memohon kad kredit asas. Sesetengah kad kredit mungkin mempunyai keperluan pendapatan yang lebih tinggi, jadi sentiasa semak dan gunakan kad kredit yang sepadan dengan pendapatan semasa anda. Jika tidak permohonan anda kemungkinan besar akan ditolak. Jangan risau dan tergesa-gesa! Anda sentiasa boleh mendapatkan kad yang lebih baik apabila pendapatan anda meningkat di kemudian hari.

 

Tips kad kredit: Jangan kecewa jika pilihan kad kredit anda tidak sepadan dengan pendapatan anda. Terdapat banyak lagi pilihan yang tersedia untuk anda! Pertama, tentukan sebab anda memerlukan kad – untuk tempahan penerbangan yang lebih mudah, anda seorang kaki shopping dan inginkan mata bonus/pulangan tunai dalam talian atau anda memerlukan kad untuk menambah nilai eWallet/pembelian petrol dengan lebih mudah?

 

Setelah anda nyatakan sebab apa anda perlukan kad kredit, mulakan pencarian kad yang sepadan dengan pendapatan anda dan hantar permohonan anda!

Tidak mempunyai skor kredit yang baik

 

Jika anda mempunyai skor kredit yang rendah dan nisbah perkhidmatan hutang yang tinggi kerana anda mempunyai terlalu banyak komitmen kewangan (cth. pembiayaan kereta atau peribadi), bank kemungkinan besar akan menolak permohonan anda.

 

Sebaliknya, skor kredit sifar pula tidak bermakna ianya baik. Sama seperti semasa anda membeli-belah dalam talian, anda lebih yakin membeli daripada penjual yang mempunyai review 5 bintang yang baik berbanding mereka yang tiada review, bukan?

 

Tips untuk mengekalkan skor kredit yang baik:

Skor Kredit - Faktor Utama Kelulusan Pinjaman Anda

Kesalahan dalam permohonan anda

Kadangkala kesalahan yang kecil seperti imbasan kabur IC anda, alamat rumah yang salah atau maklumat yang tidak lengkap, boleh menyebabkan permohonan kad kredit anda ditolak. Ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia sangat penting kepada bank untuk memastikan ketepatan.

 

Kita sering menghabiskan masa dengan melihat skrin, seperti paparan komputer di tempat kerja, atau telefon di rumah. Jadi mata akan letih dan terlepas satu atau dua perkara. Jika inilah sebabnya permohonan kad kredit anda ditolak, jangan risau, anda sentiasa boleh memohon semula. Pastikan anda menyemak dengan teliti kali ini!

 

Penolakan semestinya berita yang tidak akan pernah menyeronokkan terumata sekali bagi pemohon. Tetapi anda sentiasa boleh mencuba lagi! Cuma kesalahan sebelum ini jangan diulang semula jika anda mengharapkan hasil yang berbeza. Pastikan anda memenuhi keperluan kad kredit, mempunyai skor kredit yang sihat dengan pendapatan yang stabil, mencukupi, dan menghantar permohonan tanpa sebarang kesalahan. Semoga berjaya!

 

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.