{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Strategi Simpanan
CIMB ❘ 20 Nov 2023
4 min(s) read
Ramai setuju bahawa pengurusan kewangan adalah kemahiran penting, bukan? Tetapi, bukan senang untuk menguruskan kewangan setiap bulan, terutama jika anda sibuk bekerja.
Walau bagaimanapun, pengurusan kewangan yang cekap sangatlah penting untuk membina kekayaan jangka panjang.
Adakah anda cukup arif dalam menguruskan wang secara efektif? Jika tidak, jangan risau!
Di sini, kami senaraikan beberapa tips untuk mengelakkan kesilapan lazim dalam pengurusan kewangan.
Menjalani kehidupan tanpa bajet adalah seperti berlayar lautan luas tanpa kompas; anda berisiko untuk sesat dan akhirnya kehabisan sumber.
Kenapa kena buat bajet? Bajet bulanan boleh membantu anda untuk:
Jadi, apakah cara terbaik untuk mula membuat bajet? Untuk menjawab soalan itu, anda perlu lihat kepada gaji dan gaya hidup anda.
Di sini kami kongsikan 3 pelan bajet yang popular:
Keperluan |
Kehendak |
Simpanan |
|
---|---|---|---|
Pelan 1 |
50% |
30% |
20% |
Pelan 2 |
70% |
20% |
10% |
Pelan 3 |
70% |
15% |
15% |
Sebagai peringatan: anda perlu sentiasa mengemaskini pelan bajet anda supaya ia selari dengan perubahan masa dan situasi ekonomi terkini.
LIHAT LAGI: Simpanan Tabung Kecemasan: Dana Di Saat Anda Memerlukan
Seperti disebut di atas, anda juga digalakkan menyediakan tabungan kecemasan untuk diri anda.
Tabungan kecemasan adalah jaring keselamatan kewangan anda dalam situasi yang tidak dijangka, seperti kecemasan perubatan, kerosakan kereta atau kehilangan pekerjaan mendadak.
Sebagai panduan, pakar kewangan mengesyorkan mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan hidup disimpan di dalam akaun yang mudah diakses.
Hutang yang tinggi bukan sahaja membebankan kewangan anda sekarang, ia juga menghalang rancangan kewangan masa depan anda.
Oleh itu, anda perlulah mengurus hutang anda dengan betul!
Cadangan strategi pengurusan hutang yang baik adalah seperti berikut:
LIHAT LAGI: Pelaburan 101: Belajar Selok Belok Kewangan Yang Terbaik Untuk Anda
Kenapa anda perlu melabur? Pelaburan amatlah penting kerana ia boleh membantu membina aset anda.
Portfolio pelaburan yang pelbagai dengan campuran saham, bon, dan aset lain adalah antara strategi pelaburan yang bijak.
Tapi, jika anda baru mula berjinak-jinak dalam pelaburan, anda boleh mula dengan pelaburan risiko rendah seperti ASB.
Selain itu, terdapat juga beberapa pelaburan popular yang lain, seperti:
Sebelum memulakan pelaburan, pastikan anda kenal pasti tolenrasi risiko, modal dan prestasi pelaburan pilihan anda.
Selain itu, adakah anda tahu bahawa melabur mempunyai potensi untuk menangani masalah inflasi yang terus meningkat?
Malah, melabur pada usia muda juga boleh memupuk tabiat perbelanjaan yang lebih berdisplin, sekaligus memberi kesan baik yang berpanjangan bagi pengurusan kewangan anda!
Kita boleh merancang untuk masa depan, tetapi kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Walaupun masa depan tidak dapat diramal, kita tetap boleh bersedia untuknya!
Mengabaikan perancangan kewangan jangka panjang, seperti persaraan dan keperluan penjagaan kesihatan, boleh membuatkan anda tidak bersedia untuk perbelanjaan masa depan.
Oleh itu, anda perlulah bersiap sedia untuk perbelanjaan masa depan. Namun, apakah persediaan yang boleh anda lakukan?
Berikut merupakan tip-tip ringkas bagaimana untuk menguruskan wang dengan lebih baik. Ingat, setiap pembaikan dalam pengurusan wang adalah langkah maju ke arah kewangan yang lebih stabil!
Dengan memahami dan memperbaiki setiap langkah, anda sedang menetapkan asas untuk masa depan kewangan yang cerah dan sejahtera!
Anda berminat untuk belajar tips lain? Terokai halaman “Matlamat Hidup” kami untuk mendapat lebih banyak tips kewangan yang dapat membantu anda!
Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat sebarang representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan kesaksamaan sebarang maklumat yang terkandung dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau profesional pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab untuk sebarang akibat yang timbul daripada pergantungan anda pada maklumat yang dibentangkan di sini.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?