Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Ingin memberi sesuatu yang unik untuk anak-anak anda? Sempena perayaan Hari Raya ini, anda boleh memberikan emas sebagai duit raya – ianya unik, berharga dan lebih istimewa berbanding wang kertas.

Emas Sebagai Duit Raya

Duit raya emas merupakan satu instrumen kewangan yang baik untuk diberikan kepada anak-anak di waktu raya. Ini sebab-sebabnya:

 

Memupuk Sikap Suka Menabung

Duit raya anak-anak jika tidak dikawal dengan betul, tentunya habis dibelanjakan.

 

Jadi untuk memupuk sikap menabung kanak-kanak, anda boleh menghadiahi dinar emas atau buka akaun pelaburan emas sebagai duit raya pada tahun ini.

 

Ini sekaligus boleh mengajar anak-anak anda tentang kepentingan pelaburan untuk masa depan mereka.

 

Tidak Bergantung Kepada Nilai Mata Wang

 

Seperti yang ramai tahu, nilai mata wang semakin lama semakin susut. Contohnya, RM10 pada 10 tahun lalu lain nilainya berbanding sekarang.

 

Sebaliknya, emas tidak bergantung kepada nilai mata wang yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Duit raya emas anak anda mungkin akan naik nilainya dalam masa beberapa tahun. 

 

Emas Boleh Diwarisi

 

Emas merupakan bahan yang tahan lasak dan tidak mudah rosak. Oleh itu, duit raya emas boleh dikekalkan dalam keadaan yang baik selama bertahun-tahun dan boleh disimpan sebagai simpanan.

 

Ia juga boleh diwarisi atau dihadiahkan sebagai hadiah yang berharga kepada orang yang disayangi. Ini adalah cara yang baik untuk menyimpan nilai harta benda dan memberikan hadiah kepada orang yang penting dalam hidup kita.

 

 

Alternatif Simpanan Kecemasan

 

Kita disarankan untuk mempunyai simpanan kecemasan berjumlah tiga ke enam bulan pendapatan. Dana tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja.

 

Namun, jika kita menyimpan dalam bentuk tunai, kekerapan untuk mengeluarkan duit itu untuk keperluan-keperluan lain sangat tinggi jika dibandingkan simpanan duit raya emas.

 

Apabila kita menyimpan dalam bentuk emas, kita akan berfikir lebih panjang untuk membelanjakannya. 

 

 

Kestabilan Harga Emas

 

Emas merupakan salah satu jenis logam berharga yang nilainya cenderung stabil. Kestabilan nilai emas ini juga sering menjadikannya sebagai pilihan pelaburan alternatif untuk menghadapi inflasi.  

 

Berbanding pelaburan aset lain (seperti rumah dan tanah), emas lebih senang untuk dijual beli atau dipajak. 

 

 

Kekal Bentuk

 

Wang kertas akan menjadi tiada nilai jika ianya didapati rosak, hancur atau terbakar. Ini berlainan dengan emas, di mana nilainya diukur mengikut berat dan ketulenan.

 

Emas yang ditumbuk hancur, patah atau bengkok, tetap memberikan nilai apabila dijual.

 

Walaupun harganya mungkin naik dan turun dalam jangka pendek, namun emas biasanya memberikan pulangan yang stabil dan bertahan dalam jangka masa panjang.

 

 

Bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah daripada rebungnya”. Jadi pada hari raya ini, anda boleh mula memupuk sikap suka menabung di dalam diri anak-anak anda dengan duit raya emas!

 

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.