{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Maju Ke Hadapan
CIMB ❘ 18 Nov 2019
2 min(s) read
Sama ada anda pakar pelaburan atau baru bermula, anda perlu terokai cara-cara untuk pelbagaikan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang terbaik (ROI). Tetapi dengan begitu banyak pilihan pelaburan di luar sana, pasti mencabar untuk buat keputusan betul. Di sini kami bandingkan dua pilihan popular di Malaysia: amanah saham dan deposit tetap.
Amanah saham adalah dana yang merangkumi duit pelabur yang diurus oleh pengurus kewangan. Dana ini akan dilaburkan ke dalam pelbagai aset seperti instrumen tunai atau wang pasaran, pendapatan tetap atau bon, ekuiti dan komoditi.
Akaun deposit tetap ditawarkan oleh bank untuk membantu anda perolehi kadar pendapatan tinggi berbanding akaun simpanan biasa. Untuk kebanyakan deposit tetap, pelabur perlu kekalkan deposit di dalam akaun untuk tempoh yang dipastikan terlebih dahulu sebelum dapat menikmati pulangan pelaburan.
Pertama sekali, cari strategi pelaburan yang sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka panjang anda.
Dengan amanah saham, pempelbagaian aset kepada dana amanah saham berlainan merendahkan potensi risiko. Pemahaman menyeluruh tentang kemudahan yang ada amat penting sebelum mula melabur.
Untuk deposit tetap, perhatikan tempoh. Elak daripada melabur semua wang anda di dalam deposit tetap jangka panjang jika anda memerlukan akses untuk kecemasan atau perbelanjaan tak dijangka. Buat pelaburan deposit tetap dalam tempoh berbeza untuk pastikan pencairan boleh dibuat dalam jangka masa pendek.
Membuat keputusan memang akan ambil masa dengan pelbagai pilihan pelaburan yang ada. Sila dapatkan nasihat dan cadangan daripada pakar untuk ketahui lebih lanjut tentang amanah saham dan deposit tetap sebelum anda mula melabur.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?